Friday, June 30, 2023

PETUA HILANGKAN JERAGAT

 PETUA HILANGKAN JERAGAT


Ada macam-macam petua untuk hilangkan jeragat. Antaranya: 

Aloe vera

Semua orang sudah pasti mengetahui betapa manfaatnya aloe vera, terutama sekali untuk rambut. Tapis elain daripada rambut, ia boleh diijadikan sebagai bahan semulajadi untuk menghilangkan jeragat di wajah muka. Sebelum menyapukan aloe vera ke atas muka, pastikan muka anda bersih terlebih dahulu. Setelah sudah sapukan gel aloe vera, biarkan kering dan selepas itu bilas menggunakan air suam.

Teh hijau

Ramai yang minum teh hijau untuk kesihatan badan tapi tak ramai yang tahu bahawa ia mampu menghilangkan jeragat. Ternyata teh hijau dapat mengurangkan pengeluaran minyak dan dapat menghalang penyerapan adrogen dalam kulit. Sapukan pes teh hijau di seluruh wajah muka dan biarkan kering. Selepas itu, bilaskan muka menggunakan air suam.

Kulit kayu manis

Harumnya rempah kulit kayu manis, mujurlah selalu digunakan dalam masakan. Tapi sebenarnya kulit kayu manis amat berguna dalam menyokong penjanaan kulit semula. Campurkan kulit kayu manis dengan 3 sudu besar madu. Madu merupakan antibiotic semulajadi yang boleh membantu melembapkan kulit wajah kita. Sapukan campuran pes tersebut ke bahagian jeragat dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilaskan muka menggunakan air suam dan keringkan muka dengan tuala yang bersih.

Lemon

Ada ramai yang tidak setuju dengan penggunaan lemon di atas kulit muka, tetapi lemon mengandungi asid dan vitamin yang mampu menghapuskan jeragat yang degil. Sapukan sahaja di bahagian yang berjeragat, kemudian basuh muka menggunakan air sejuk.

Telur putih

Memang baunya hanyir, tetapi percayalah ia amat bagus untuk menghilangkan jeragat. Pastikan wajah muka anda dibersihkan terlebih dahulu. Sapukan telur putih di bahagian jeragat. Biarkan kering dan sapukan lapisan kedua. Selepas kering sepenuhnya, basuhkan muka menggunakan air suam.

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Assalamualaikum wbt. Ada banyak amalan gaya hidup sihat yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Antaranya:



1. Minum Air Secukupnya

Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam bada

2. Diet yang Sihat

Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

3. Jangan Merokok

Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

4. Bersenam

Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

5. Tangani Stress

Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

6. Tidur Berkualiti

Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

7. Terapi Aromaterapi

Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.

9. Pengambilan Supplemen atau Vitamin

Vitamin terbaik yang dicadangkan ialah produk Shaklee yang mengandungi nutrisi lengkap di dalam memberikan kesihatan menyeluruh kepada badan.


Kepada yang ingin mendapatkan produk Shaklee boleh menghubungi Aminur di talian +60139318071.

#shaklee

#shakleethrive

#shakleepahang

#shakleekuantan

Tuesday, June 13, 2023

PENGEDAR SHAKLEE KUANTAN PAHANG

 

PENGEDAR SHAKLEE KUANTAN PAHANG



    Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2021, menunjukkan seramai 50.3 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai pendapatan yang dapat menampung perbelanjaan mereka. (Boleh baca di sini). Lebih daripada separuh sebenarnya rakyat Malaysia kita ni yang tak cukup duit untuk hidup dengan selesa. Tu belum dikira lagi dengan inflasi, OPR loan yang dinaikkan beberapa kali setahun dan kenaikan gaji yang tak berapa signifikan. Kos sara hidup makin lama makin naik, tapi pendapatan setakat itu sahaja dan kalau naik pun hanya sedikit sahaja.

    Saya tahu ramai anda di luar sana yang nak sangat tambah pendapatan tapi mungkin tak tahu caranya, atau mungkin sebab sekarang ni dah ada kerja tetap cuma pendapatan tak cukup dan tak ada masa nak buat bisnes sebab komitmen kerja dan sebagainya. Nak tak saya cadangkan satu bisnes yang boleh dibuat dari mana-mana sahaja, dan pada bila-bila masa sahaja asalkan ada akses kepada internet? Nak buat offline pun boleh sebenarnya..iaitu BISNES SHAKLEE...Nak tahu kenapa bisnes SHAKLEE ni bisnes yang sangat sesuai untuk anda yang tak ada banyak masa dan modal yang besar TAPI NAK UNTUNG BANYAK...Jom kita tengok kat bawah ni:


1. YURAN KEAHLIAN YANG SANGAT MURAH

RM35 sahaja. Anda akan dapat kit bisnes dan no SID untuk start menjual produk SHAKLEE. Ini je sebenarnya modal yang anda kena keluarkan. Lepas tu akan ada team yang akan guide anda untuk buat bisnes ni dari zero to hero. SHAKLEE HQ pun ada banyak anjurkan seminar dan training class yang free untuk semua SID. Bila jadi ahli ni pulak, harga member dengan harga jual kepada Non-Member tak sama. So, kat situ sebenarnya dah dapat untuk retail belum campur bonus lagi tau. Best ke best?

2. TIDAK PERLU SIMPAN STOK YANG BANYAK

Ya, tak perlu pun simpan stok banyak sampai kena bukak kilang. Cukup stok untuk makan sendiri dan kalau standby kalau customer nak cepat. Lain-lain boleh order online je di https://www.shaklee.com.my. Postage RM10 sahaja. Bila customer order baru kita orderkan untuk dia.

3. SEMUA URUSAN DIBUAT SECARA ONLINE DAN COMPANY URUSKAN

Paling best bisnes ni sebab semuanya diuruskan oleh Company. Dah lah order online, postage pun company uruskan sampai ke depan pintu rumah customer kita. Nak daftar ahli baru, nak dapatkan info produk, harga, promo terkini dan sebagainya boleh dapat dekat www.shaklee.com.my je. 

4. INSENTIF 3C : CASH, CAR, CONVENTION

Inilah tarikan utama bila buat Shaklee ni, iaitu insentif 3C dia. 

Pertama, CASH : iaitu dapat bonus pada setiap 14/15 haribulan. Bonus ni berdasarkan jumlah sales kita pada bulan lepas. ada yang dapat 5% sehinggalah 21% paling tinggi bonusnya. Tu belum campur dengan bonus-bonus lain macam leadership bonus dan sebagainya. Unlimited tau. Boleh cecah 6 angka kalau betul-betul buat bisnes ni. 

Kedua, CAR iaitu, insentif kereta yang Shaklee akan bagi kalau kita achieve target yang ditetapkan. Insentif ni akan dapat seumur hidup. Best kan orang tolong bayar kereta kita? 

Ketiga, CONVENTION : iaitu trip percutian yang Shaklee beri untuk leader-leader yang berjaya achieve target pada cycle tahunan semasa. Ada regional dan internation trip atau boleh pilih nak pergi menunaikan Umrah. Semuanya 5 STAR TRIP guys. 

5. BONUS STATEMENT LAKU UNTUK BUAT LOAN

Kepada yang tanya, bisnes ni sustainable ke dan boleh buat loan ke? Yes jawapan dia BOLEH SANGAT. Bonus statement Shaklee ni laku ya kalau anda nak buat housing financing ke nak buat loan beli kereta ke. Dan dah ramai leader-leader Shaklee berjaya beli rumah dan kereta idaman masing-masing dengan hanya menggunakan payslip Shaklee sahaja. Dan saya sendiri dah berjaya beli sebuah rumah bernilai hampir setengah juta dengan menggunakan payslip dari Shaklee. Dan rumah tu boleh kita jadikan sebagai investment untuk pelbagaikan pipeline income stream kita. Hanya dengan bekerja dari rumah sahaja.

Ha guys, inilah antara sebab-sebab utama kenapa saya merasakan secara peribadi yang bisnes Shaklee ni adalah bisnes yang terbaik untuk dijalankan oleh orang yang masih lagi bekerja dan mempunyai kekangan masa untuk uruskan bisnes dengan efisyen tanpa perlu berhenti kerja fulltime pun. Part time pun boleh dapat 5 figures income tau. Jadi tunggu apa lagi? Jom whatsapp saya, Aminur PENGEDAR SHAKLEE SAH DI BANDAR KUANTAN PAHANG di +60139318071 untuk tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee dan cara nak buat  dengan platform Shaklee. See you guys okay. Assalamualaikum wbt. Sehingga jumpa lagi di entri akan datang.  

Sunday, June 11, 2023

TESTIMONI SHAKLEE SAYA

 TESTIMONI SHAKLEE SAYA


Saya mula mengenali perkataan multivitamin Shaklee semasa bersekolah menengah pada tahun 2004. Ada seorang ustazah dekat sekolah tu jual. Masa tu tak tahu yang dia dah Master Coordinator. Dan pada masa tu dah minat nak makan vitamin tapi masa tu tak mampu nak beli. Jadi lupakan je lah hasrat tu buat sementara waktu.

Selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2014, nekad nak ambik vitamin tambahan. Sebab jadual kelas yang pack menyebabkan saya selalu keletihan dan mengantuk nak study. Kelas mula jam 7.30 pagi dan habis pukul 5.00 petang. Memang tak larat rasanya dah macam orang kerja. Berat pun underweight masa tu dalam 50kg je. Tak sesuai dengan tinggi 165cm. Jadi, berbekalkan dengan duit biasiswa yang ada, saya decide untuk start consume Shaklee sebagai makanan tambahan untuk menambah tenaga untuk tujuan study. 


Underweight masa tahun 2014



Lepas hampir 10 tahun consume Shaklee (2023) 


Masa tu terus sign up jadi ahli under Master Hajah Rozyta & Dr. Hj  Abdullah dan start consume Vita Lea, B Complex, dan Lecithin. Bulan pertama makan tu memang terasa kesannya walaupun baru sebulan makan. Rasa best sangat. Bila dah rasa kesannya tu start share dengan kawan-kawan classmates. Masa tu ramai jugak lah yang beli. Start merasa bonus Shaklee yang pertama masa tu. Walaupun 5% je tapi syukur sangat sebab ditambah dengan untung retail dapatlah RM100++. 

Dan start dari tahun 2014 tu terus consume Shaklee sampai sekarang. Dan buat bisnes juga. Sudah hampir 10 tahun berbisnes akhirnya dapat beli sebiji rumah dengan guna payslip Shaklee.


Rumah dibeli dengan payslip Shaklee berharga rm450K

Dan rumah ni dibuat sewa untuk tambah income lagi. Alhamdulillah. Banyak sebenarnya nikmat yang Allah asbab dengan Shaklee ini yang dapat saya simpulkan.

  1. KESIHATAN-Dah nama pun vitamin kan? Kesihatan sudah pasti terjaga dengan makan bermacam-macam supplement ikut keperluan diri.
  2. KEWANGAN-Income pun bertambah baik bila dapat bonus dan untung retail dari bisnes ni. Ada extra money untuk bersedekah, bagi orang makan dan beli barang2 yang kita kehendaki.
  3. MELANCONG-Walaupun belum pernah join insentif Convention Shaklee, tapi dengan asbab ada extra duit tu boleh plan sendiri nak pergi melancong dekat2. Antaranya Cameron Highlands, Johor Bahru, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Korea Selatan dan Turkiye.
  4. NETWORKING/SILATURRAHIM-Bila buat bisnes ni automatik kita kena jumpa orang atau buat posting untuk share kebaikan produk. Jadi secara tak langsung, networking pun bertambah dari customer yang tak dikenali sampailah kepada sedara mara yang datang jumpa nak beli produk dengan kita.
  5. SELF CONFIDENCE- Bisnes ni melatih self confidence bila kita terpaksa berani untuk bercerita dengan orang tentang kebaikan produk SHAKLEE ini. Kalau tak, macam mana orang yakin nak beli dengan kita kan? 
  6. KNOWLEDGE-Bila buat bisnes ni ilmu kita automatik bertambah sebab nak kena belajar tentang produk, marketing, tips closing dan sebagainya. 
Ha itu sajelah TESTIMONI SHAKLEE saya yang dapat saya kongsikan pada posting kali ni. Kalau ada nanti saya akan update lagi. Insha Allah. 

Kalau nak dapatkan produk Shaklee boleh wasap saya, Aminur di talian 60139318071 ya..

#shaklee
#shakleethrive
#shakleekuantan
#shakleepahang

Tuesday, June 6, 2023

MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BAHARU

 MULTIVITAMIN SHAKLEE 

BERWAJAH BAHARU





Vita Lea Shaklee adalah  multi vitamin dan mineral yang pertama di cipta di dunia pada tahun 1915. Asalnya di kenali sebagai "Vitalize Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada  Vita- MIN dan perkataan vitamin yang disebut-sebut  sekarang asalnya dari Shaklee.

Memandangkan produk ini telah berada di pasaran selama lebih 100 tahun, dan formulasinya telah melalui beberapa kemas kini dan penambahbaikan dari semasa ke semasa, Vita lea ialah suplemen asas dalam barisan produk Shaklee dan ia adalah satu produk terlaris dan paling disukai oleh pengguna.

Mula-mula consume Vitalea ni sebab ada masalah underweight. Masa tu berat hanya lebih kurang 50kg sahaja dengan tinggi 165cm. Badan selalu rasa penat dan lesu serta kerap mengantuk. Jadi memang makan VitaLEa dan B Complex sahaja masa tu dengan bajet yang terhad. Alhamdulillah setelah beberapa bulan consume dah start nampak hasil. Berat badan pun dah kembali normal. Best sangat rasa lebih bertenaga dan berkeyakinan.







Bermula  bulan  Jun 2023 ini, Multivitamin Shaklee berwajah baru dari nama VITA LEA akan bertukar nama ke nama VITA-LIZE. 
Vita-Lize ialah suplemen vitamin dan multimineral spektrum luas yang sesuai untuk orang dewasa dari semua peringkat umur dan gaya hidup. 

Ia boleh memberi menafaat terutamanya individu yang mengalami kesukaran mendapatkan semua nutrien yang diperlukan daripada diet mereka atau yang telah meningkatkan keperluan nutrien disebabkan oleh pelbagai faktor seperti umur,tekanan,pesakit,kehamilan atau prestasi sukan.


Lebih-lebih lagi, sekatan pemakanan atau alahan makanan tertentu boleh menyukarkan untuk mendapatkan semua nutrien penting yang diperlukan melalui diet sahaja oleh itu suplemen VITA LIZE boleh membantu dalam situasi sedemikian. VITA LIZE juga sesuai untuk vegatarian dan vegan.

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara Vita Lea dan Vila Lize. Kandungan vitamin dan mineral untuk Vita lea ada 28 nutrisi sedangkan kandungan vitamin dan mineral untuk Vita LIze ada 25 nutrisi.  Nutrisi yang di tambah adalah VITAMIN K1 dan VITAMIN D di naikkan dari 200 ke 350 per tablet. 


10 Manfaat Vita Lize

  1. Menyokong kesihatan organ contoh jantung.
  2. Menambahkan selera makan, Bila badan kita cukup vitamin dan mineral badan akan sihat. Oleh itu kita akan berselera untuk makan. Bukan menjadikan kita gemuk.
  3. Menggalakkan penghasilan sel darah merah sebab mengandungi zat besi.
  4. Sesuai kepada sesiapa yang kurang makan sayur dan buah-buahan.
  5. Sesuai untuk siapa yang ingin menambahkan berat badan yang ideal.
  6. Sumber iron penting untuk ibu yang mengandung dan menyusukan anak'.
  7. Berfungsi sebagai "immune booster" badan tidak mudah dapat penyakit.
  8. Beri tenaga kepada tubuh terutama ketika berpuasa.
  9. Melambatkan proses penuaan.
  10. Pelengkap nutrisi vitamin dan mineral.

Nak dapatkan Vita Lize yang baharu ini? Boleh wasap Aminur di 0139318071

#shakleethrive
#shakleeblog
#shakleekuantan
#shakleepahang

Thursday, June 1, 2023

MOTIVASI DIRI : BERSYUKUR DENGAN NIKMAT TUHAN

 MOTIVASI DIRI : BERSYUKUR DENGAN NIKMAT TUHAN





     Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..Task kali ini kami kena buat entri tentang KATA-KATA MOTIVASI. Bila sebut tentang motivasi ni saya paling suka dengan amalan SYUKUR kerana dengan bersyukur segala kenikmatan yang dikurnia dan ujian yang ditimpa akan dapat dihadapi dengan tenang.




ALHAMDULILLAH adalah ungkapan ringkas sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan.

Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini.

Allah SWT berfirman: “Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-Ku yang bersyukur.” (As-Saba’ : 13)

Sedangkan Allah SWT juga menegaskan, bagi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur akan ditambah nikmat mereka. Sifat syukur juga membolehkan seseorang mendapat pahala besar.

Firman Allah SWT: “Dan (sebaliknya) Allah memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (dengan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya).” (Ali-Imran: 144)

Kelebihan orang yang bersyukur dan sentiasa menghargai pemberian Allah SWT termasuk nikmat usia, kesihatan, harta benda, anak serta keluarga, akan merasa kebahagiaan hidup.

Begitu juga, apabila diuji dengan kemiskinan, penyakit, masalah dan pelbagai rintangan lain, hati tetap sabar serta bersyukur kerana yakin setiap sesuatu itu ada hikmahnya.

Mereka yang bersyukur sentiasa memuji Allah SWT, menunaikan setiap suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Golongan yang bersyukur juga mengakui kebesaran Allah SWT.

Manakala bagi yang tidak bersyukur, bermakna mereka kufur kepada nikmat Allah SWT, merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki dan mudah dihasut oleh syaitan.

Mengkhianati amanah yang diberi, tamak dengan harta, sentiasa merasa tidak puas melihat kesenangan orang lain dan tidak takut kepada azab Allah SWT.

Oleh itu, jadilah hamba yang bersyukur kerana mengetahui segala nikmat datangnya daripada Allah SWT dan menterjemahkan rasa syukur dengan menggunakan kurniaan itu pada jalan yang diredai-Nya.

Rasulullah SAW menangis ketika sembahyang tahajud, maka Aisyah bertanya: “Mengapakah engkau menangis? Sebenarnya Allah SWT sudah mengampunkan dosa engkau yang terdahulu mahupun yang terkemudian. Maka Nabi Muhammad SAW menyatakan: Adakah tidak patut aku dalam kalangan hamba yang banyak bersyukur?” (HR Ibnu Hibban)

Justeru, syukur itu tidak terhenti hanya di dunia sebaliknya haruslah berkekalan hingga ke akhir hayat supaya terhindar daripada sifat kufur terhadap nikmat diberi.

Nak beli produk Shaklee? Boleh hubungi Aminur di 0139318071

#shakleethrive

#shakleekuantan

#shakleepahang

Friday, May 26, 2023

RENEWAL MUDAH DENGAN SHAKLEE

 RENEWAL MUDAH DENGAN SHAKLEE






Bisnes Shaklee ni adalah bisnes yang paling mudah nak renew keahlian. Tak payah nak bayar annual fee, atau nak kena maintain certain sales. 



untuk perbaharui Keahlian anda, anda boleh memilih untuk renew dalam 2 cara: 

PILIHAN 1
Buat belian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan dari tarikh hari lahir.
ATAU


PILIHAN 2

Bayar RM35.00 sekiranya anda tidak membuat sebarang pembelian dari id anda dalam tempoh tersebut di atas.

 

KEAHLIAN SHAKLEE  perlu diperbaharui setiap tahun. Tetapi yuran tahunan tidak akan dikenakan sekiranya anda ada membuat belian sebarang produk shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh tamat . 

Tarikh tamat PENDAFTARAN adalah pada tarikh lahir anda yang seterusnya.  

Senang kan? Jom sape-sape yang nak order produk Shaklee boleh wasap Aminur di 0139318071 okay. Jumpa lagi di next posting. Bye.


#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleekuantan

#shakleepahang

#shakleebest


CASH REBATE-DAPAT MAKAN VITAMIN PERCUMA

 MAKAN VITAMIN PERCUMA DENGAN REBATE SHAKLEE


Best kan kalau dapat benda-benda free ni kan? Tak payah keluar duit untuk dapat sesuatu. Kalau macam dalam Shaklee, ada cara untuk kita dapat makan vitamin dengan lebih murah atau free terus. Nak tahu tak?




Caranya adalah dengan kita capai target-target tertentu dalam Shaklee untuk dapatkan rebate yang lebih besar. Makin banyak kita capai target makin besarlah jumlah CASH REBATE yang kita akan dapat. Ia dipanggil juga sebagai BONUS. Setiap 15hb akan dapat cash rebate ni atau bonus Shaklee ni. Best kan. Okay jom kita tengok satu persatu cara nak dapat cash rebate ni.

Dalam Shaklee ni ada target-target tertentu yang kita kena achieve untuk dapat cash rebate ni. Awak semua boleh rujuk pada jadual dekat bawah ni.

Contohnya kalau kita berjaya dapat 300 uv kan, bermakna cash rebate yang kita dapat adalah lebih kurang rm76-rm80. Jadi dengan duit tu kita dapat dah nak beli Ostenutrix ke, Vita Lea ke secara percuma menggunakan cash rebate tu. Jadi kalau nak makan yang best lagi macam Vivix, kita kena usahakan untuk membesarkan bonus kita supaya kita dapat vitamin dengan percuma dengan lebih banyak lagi.

Harap-harap sedikit info ni dapat beri gambaran awal kepada anda semua cara untuk makan vitamin Shaklee secara lebih murah ataupun percuma. Kita jumpa di posting yang akan datang ya. Bye. Assalamualaikum.

Kalau nak dapatkan free consultation on products atau nak order barang ke boleh wasap Aminur di +0139318071

#nextlevelblogging
#Blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023





Tuesday, May 16, 2023

SET HELLO NEW YOU




Ramai sangat tegur "Nampak berisi sekarang.."

MASALAH kita bukan taknak kurus tapi macam-macam buat tapi tak kurus-kurus juga,
rasa nak berazam dengan diri sendiri. syawal tahun depan mesti kurus. kalau tak kurus pun mesti smaller daripada sekarang. kalau berat sekarang 90kg tapi tinggi 175cm, kena usaha untuk turunkan dari berat 90kg kepada 75kg. bukan mudah tapi tak MUSTAHIL. Bagaimana nak tau berat ideal dengan tinggi dengan cara paling mudah? kira ketinggian dan tolak 1 dipangkal tinggi.

contoh tinggi 175cm, berat ideal adalah 75kg
jika tinggi 155cm, berat ideal adalah 55kg.

azam untuk menjadi NEW ME! 

______________________________________________

baca di laman web Shaklee di shaklee.com, terjumpa bacaan berkaitan 

NAK TURUN BERAT BADAN?AMBILLAH SAYA...

1) Leusine, Protin soya dan multivitamin
✅ Membantu membakar lemak tanpa mengalami kesan yo-yo
✅ Membantu membina dan mengekalkan otot untuk berat badan yang lebih sihat dan lebih langsing
✅Merapatkan jurang nutrisi.

2) Protin berasaskan tumbuh-tumbuhan
✔ Merangsang paras glukosa darah yang stabil untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari
✔Merangsang kesihatan dan keserian kulit, rambut serta kuku
✔ Mengekalkan dan membaik pulih sel-sel tubuh badan untuk kesihatan jangka panjang

3) Enzim Pencernaan, prebiotik dan serat
✓Mengawal selera makan, mengurangkan nafsu makan dan rasa lapar sebelum waktunya
✓Meningkatkan kesihatan pencernaan, mengurangkan kembung perut untuk penyerapan nutrien yang lebih baik
✓Sistem pertahanan semulajadi yang lebih kuat

4) Lecithin
√ Mempercepatkan proses pencernaan lemak
√ Mencegah pengumpulan lemak dan menyingkirkan toksin daripada hati

5) Asid Lemak Omega 3
💚 Meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak
💚 Menambah baik kepekaan insulin untuk mengawal atur penyimpanan lemak

6) Daun Senna
🍀 Laksatif semula jadi untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus
🍀 Membantu menyingkirkan toksin daripada badan.

__________________________

Dibawah merupakan cadangan supplement yang berkaitan secara langsung dengan nutrisi yang disebut diatas:



ANDA boleh dapatkan Set Hello New You diatas dengan saya, pengedar shakleekuantan dengan harga super jimat dan anda akan dapat ahli secara percuma dan free postage (free cod) untuk anda.

JOM dapatkan sekarang!









 

MENU RAYA OPEN HOUSE

 Assalamualaikum, syawal hampir ke penghujung dan kita masih menerima jemputan ke Hari Raya Open House saudara serta sahabat tidak kira dibuat dirumah atau dipejabat.Masih belum terlambat untuk kita turut menjadi host untuk rumah terbuka pada tahun ini dan mengajak rakan-rakan mengunjungi kediaman anda.






Bila bercerita berkenaan rumah terbuka,perkara pertama yang terlintas mestilah menu apa yang hendak dihidangkan kepada tetamu. Jom saya kongsi senarai menu-menu yang mungkin boleh memberi idea untuk menjamu tetamu anda nanti.untuk pemilihan menu,pertama kita perlu senaraikan food category supaya mudah untuk menyediakan juadah dan pada yang sama, dapat menyediakan makanan seimbang. menu yang disediakan mestilah mengandungi karbohidrat, protin, serat, lemak, air, mineral, dan vitamin.

1. Karbohidrat


Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang utama bagi tubuh seseorang. Gula yang terdapat di dalam tubuh akan ditukar menjadi glukosa untuk menjadi sumber tenaga.


Contoh menu untuk kategori ini adalah nasi minyak, nasi dagang,ketupat,bihun dan mee

2. Protein


Pengambilan sumber protein pada setiap hari adalah sangat bagus untuk pertumbuhan serta pembaikan sel – sel dalam badan. Protein yang terdapat dalam tubuh badan akan ditukarkan kepada asid amino yang kemudiannya diserap oleh sel – sel bagi membolehkan pertumbuhan serta kebolehan metabolisme seseorang. 


contoh menu berasaskan protin adalah ayam masak merah, ikan, sup ayam dan tempe masak cili.


3. Serat


Serat tumbuhan atau dietary fiber merupakan bahagian makanan yang tidak dipecah oleh tubuh dan membantu untuk menjaga fungsi sistem pencernaan lebih baik. Ia berguna untuk membantu penyerapan nutrisi di usus, menjaga aktiviti usus secara tetap dan optimal, imunisasi dan keseimbangan bakteria usus.


contoh serat yang boleh dihidangkan adalah buah tembikai, buah oren, buah anggur dan pelbagai jenis buah.

4. Lemak


Lemak juga merupakan sumber tenaga yang membantu penyerapan Vitamin A, D, E, dan K dan pembentukan hormon di dalam tubuh. Pengambilan sumber lemak secara berlebihan akan menyebabkan beberapa keburukan seperti obesiti, sembelit, kolesterol tinggi, risiko kanser serta kerosakan dinding arteri serta otak.


untuk lemak, kebiasaanya setiap masakan akan menggunakan minyak untuk memasak,maka lemak merupakan nutrisi wajib ada untuk masakan.

5. Air


Setiap tubuh manusia mengandungi sebanyak 65% air. Kandungan air di dalam tubuh akan berkurangan kerana berlakunya proses pencernaan, pernafasan, peluh serta air kencing. 


air merupakan menu wajib untuk setiap hidangan dan kita hendaklah sentiasa beringat akan kandungan air gula yang sering digunakan untuk menghasilkan air minuman yang segar dan sedap.

6. Mineral


Mineral adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan proses metabolisme dalam sel badan. Setiap hari badan kita memerlukan sumber mineral bermula dari rambut, kulit, tulang hingga sel darah. Mineral juga dapat meningkatkan fungsi saraf serta dapat membantu menukar makanan menjadi tenaga.


untuk kategori ini, sayur yang mengandungi mineral yang tinggi seperti halia, kunyit, lobak merah, kekacang dan sayur yang berwarna gelap sesuai dijadikan sayuran tambahan. seperti contoh bihun sup telah dicampur dengan semue nutrisi termasuk lobak iaitu kaya dengan mineral dan merupakan serat yang baik.

7. Vitamin


Vitamin adalah sangat penting untuk merawat sel – sel tubuh serta metabolisme badan. Setiap sel dalam tubuh memerlukan vitamin yang banyak dan kebanyakan manusia kurang mengambil vitamin untuk tubuh. untuk mendapatkan menu yang kaya dengan vitamin, pertambahan epal, tomato,bayam, lemon serta kekacang dapat memberi keperluan badan semaksima boleh. oleh itu, nasi impit kuah kacang merupakan menu yang sihat dan mengandungi hampir semua nutrisi yang diperlukan badan.


Sunday, April 30, 2023

HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

 

KEKAL BERGAYA DI HARI RAYA BERSAMA SHAKLEE

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar? Selamat Hari Raya diucapkan. Sedar tak sedar kita pun memasuki bulan Syawwal setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan kan? Kepada yang berjaya turun berat badan di bulan Ramadan pasti berasa gembira kan? Dapat tampil langsing dan bergaya di Hari Raya Bersama Shaklee.

Tapi bila tiba bulan Syawwal risau pulak berat badan naik sebab makan tak ingat dunia. Maklumlah, asyik makan ketika ziarah di hari raya dan ketika rumah terbuka pasti kadan-kadang merisaukan kita yang takut berat badan naik ketika bulan Syawwal ni.

Dan dekat Malaysia pulak raya kan sebulan. Boleh kata hampir setiap hari orang buat rumag terbuka, tak kira lah yang di kampung mahupun dekat jabatan-jabatan kerajaan. Mesti kita akan makan dengan skala yang berlebihan dari biasa. Dan berat badan pun automatik lah naik. Rugi je diet kita sepanjang bulan Ramadan tu.

Tapi sekarang tak perlu risau lagi kalau kita ada amalkan pengambilan supplemen terutamanya SHAKLEE. Sebab ia akan membantu kita control berat badan tanpa perlu risau dan cut makan sana sini. Boleh makan je macam biasa. Best tak? 

So, apa produk yang boleh diambil untuk kekal langsing dan bergaya walaupun makan banyak ni? Ini based on personal experience. Tak semestinya sama untuk setiap orang tau.

1. Omega Guard



2. Lecithin



3. Herb Lax



4. Cinch



5. Phytocol



Dengan mengamalkan set ini insha Allah anda tak perlu rasa runsing lagi untuk makan di hari raya. Sebab ia akan dapat mengawal berat badan secara semulajadi. Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan segera set raya Shaklee dengan menghubungi Aminur di 0139318071 sekarang juga!!!


#blogmegashaklee

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#shakleekuantan

PETUA HILANGKAN JERAGAT

 PETUA HILANGKAN JERAGAT Ada macam-macam petua untuk hilangkan jeragat . Antaranya:  Aloe vera Semua orang sudah pasti mengetahui betapa ma...