Assalamualaikum, syawal hampir ke penghujung dan kita masih menerima jemputan ke Hari Raya Open House saudara serta sahabat tidak kira dibuat dirumah atau dipejabat.Masih belum terlambat untuk kita turut menjadi host untuk rumah terbuka pada tahun ini dan mengajak rakan-rakan mengunjungi kediaman anda.
Bila bercerita berkenaan rumah terbuka,perkara pertama yang terlintas mestilah menu apa yang hendak dihidangkan kepada tetamu. Jom saya kongsi senarai menu-menu yang mungkin boleh memberi idea untuk menjamu tetamu anda nanti.untuk pemilihan menu,pertama kita perlu senaraikan food category supaya mudah untuk menyediakan juadah dan pada yang sama, dapat menyediakan makanan seimbang. menu yang disediakan mestilah mengandungi karbohidrat, protin, serat, lemak, air, mineral, dan vitamin.
1. Karbohidrat
Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang utama bagi tubuh seseorang. Gula yang terdapat di dalam tubuh akan ditukar menjadi glukosa untuk menjadi sumber tenaga.
Contoh menu untuk kategori ini adalah nasi minyak, nasi dagang,ketupat,bihun dan mee
2. Protein
Pengambilan sumber protein pada setiap hari adalah sangat bagus untuk pertumbuhan serta pembaikan sel – sel dalam badan. Protein yang terdapat dalam tubuh badan akan ditukarkan kepada asid amino yang kemudiannya diserap oleh sel – sel bagi membolehkan pertumbuhan serta kebolehan metabolisme seseorang.
contoh menu berasaskan protin adalah ayam masak merah, ikan, sup ayam dan tempe masak cili.
Serat tumbuhan atau dietary fiber merupakan bahagian makanan yang tidak dipecah oleh tubuh dan membantu untuk menjaga fungsi sistem pencernaan lebih baik. Ia berguna untuk membantu penyerapan nutrisi di usus, menjaga aktiviti usus secara tetap dan optimal, imunisasi dan keseimbangan bakteria usus.
contoh serat yang boleh dihidangkan adalah buah tembikai, buah oren, buah anggur dan pelbagai jenis buah.
4. Lemak
Lemak juga merupakan sumber tenaga yang membantu penyerapan Vitamin A, D, E, dan K dan pembentukan hormon di dalam tubuh. Pengambilan sumber lemak secara berlebihan akan menyebabkan beberapa keburukan seperti obesiti, sembelit, kolesterol tinggi, risiko kanser serta kerosakan dinding arteri serta otak.
untuk lemak, kebiasaanya setiap masakan akan menggunakan minyak untuk memasak,maka lemak merupakan nutrisi wajib ada untuk masakan.
5. Air
Setiap tubuh manusia mengandungi sebanyak 65% air. Kandungan air di dalam tubuh akan berkurangan kerana berlakunya proses pencernaan, pernafasan, peluh serta air kencing.
air merupakan menu wajib untuk setiap hidangan dan kita hendaklah sentiasa beringat akan kandungan air gula yang sering digunakan untuk menghasilkan air minuman yang segar dan sedap.
6. Mineral
Mineral adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan proses metabolisme dalam sel badan. Setiap hari badan kita memerlukan sumber mineral bermula dari rambut, kulit, tulang hingga sel darah. Mineral juga dapat meningkatkan fungsi saraf serta dapat membantu menukar makanan menjadi tenaga.
untuk kategori ini, sayur yang mengandungi mineral yang tinggi seperti halia, kunyit, lobak merah, kekacang dan sayur yang berwarna gelap sesuai dijadikan sayuran tambahan. seperti contoh bihun sup telah dicampur dengan semue nutrisi termasuk lobak iaitu kaya dengan mineral dan merupakan serat yang baik.
7. Vitamin
Vitamin adalah sangat penting untuk merawat sel – sel tubuh serta metabolisme badan. Setiap sel dalam tubuh memerlukan vitamin yang banyak dan kebanyakan manusia kurang mengambil vitamin untuk tubuh. untuk mendapatkan menu yang kaya dengan vitamin, pertambahan epal, tomato,bayam, lemon serta kekacang dapat memberi keperluan badan semaksima boleh. oleh itu, nasi impit kuah kacang merupakan menu yang sihat dan mengandungi hampir semua nutrisi yang diperlukan badan.
No comments:
Post a Comment