PETUA HILANGKAN JERAGAT
Aloe vera
Semua orang sudah pasti mengetahui betapa manfaatnya aloe vera, terutama sekali untuk rambut. Tapis elain daripada rambut, ia boleh diijadikan sebagai bahan semulajadi untuk menghilangkan jeragat di wajah muka. Sebelum menyapukan aloe vera ke atas muka, pastikan muka anda bersih terlebih dahulu. Setelah sudah sapukan gel aloe vera, biarkan kering dan selepas itu bilas menggunakan air suam.
Teh hijau
Ramai yang minum teh hijau untuk kesihatan badan tapi tak ramai yang tahu bahawa ia mampu menghilangkan jeragat. Ternyata teh hijau dapat mengurangkan pengeluaran minyak dan dapat menghalang penyerapan adrogen dalam kulit. Sapukan pes teh hijau di seluruh wajah muka dan biarkan kering. Selepas itu, bilaskan muka menggunakan air suam.
Kulit kayu manis
Harumnya rempah kulit kayu manis, mujurlah selalu digunakan dalam masakan. Tapi sebenarnya kulit kayu manis amat berguna dalam menyokong penjanaan kulit semula. Campurkan kulit kayu manis dengan 3 sudu besar madu. Madu merupakan antibiotic semulajadi yang boleh membantu melembapkan kulit wajah kita. Sapukan campuran pes tersebut ke bahagian jeragat dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilaskan muka menggunakan air suam dan keringkan muka dengan tuala yang bersih.
Lemon
Ada ramai yang tidak setuju dengan penggunaan lemon di atas kulit muka, tetapi lemon mengandungi asid dan vitamin yang mampu menghapuskan jeragat yang degil. Sapukan sahaja di bahagian yang berjeragat, kemudian basuh muka menggunakan air sejuk.
Telur putih
Memang baunya hanyir, tetapi percayalah ia amat bagus untuk menghilangkan jeragat. Pastikan wajah muka anda dibersihkan terlebih dahulu. Sapukan telur putih di bahagian jeragat. Biarkan kering dan sapukan lapisan kedua. Selepas kering sepenuhnya, basuhkan muka menggunakan air suam.
No comments:
Post a Comment