VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH
Bersahur Bersama SHAKLEE, Bertenaga Sepanjang Hari
Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua?๐
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat.
Syukur kerana kita masih dipanjangkan usia untuk menyambut Ramadan sekali pada tahun ini. Cuma apabila tiba musim puasa ni, perkara yang paling kita malas nak buat ialah bersahur. Macam-macam alasan yang akan diberikan. Mengantuklah, tak tersedarlah, malas masak dan sebagainya. Tahu tak sebenarnya dalam sahur ni ada banyak manfaatnya. Jom kita sama-sama ulangkaji nak?
Sahur adalah perbuatan makan dan minum pada awal pagi sebelum waktu fajar dengan niat untuk berpuasa.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
ุชูุณูุญููุฑููุง ููุฅูููู ููู ุงูุณููุญููุฑู ุจูุฑูููุฉู
Maksudnya: "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan."
Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095)
Dalam hadith di atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW amat menggalakkan kita untuk bersahur jika kita hendak berpuasa lebih-lebih lagi ketika di bulan Ramadan ini kerana terdapat keberkatan di dalamnya.
KEBERKATAN BERSAHUR
Ibn Hajar al-โAsqalani dalam mensyarahkan hadith ini menyebut: "Berkat pada sahur terhasil daripada sudut yang pelbagai, iaitu mengikut sunnah, serta berlawanan dengan ahli kitab, dan ianya menguatkan tenaga untuk melakukan ibadah puasa, serta menambahkan semangat untuk berpuasa, menahan daripada perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar, penyebab memberi sedekah kepada yang meminta, dan sebab kepada berzikir dan berdoa, waktu mustajab untuk berdoa, dan waktu niat untuk berpuasa bagi yang lupa berniat sebelum tidur. (Lihat Fath al-Bari, 4/140)
Imam al-Nawawi dalam syarahnya pula menyebut: "Pada hadith ini menunjukkan galakan untuk bersahur. Ulama' telah bersepakat bahawa bersahur itu sunat dan digalakkan, dan ianya bukanlah wajib, namun pada zahirnya, terdapat berkat dalam sahur itu kerana ianya menguatkan dan memberi semangat untuk berpuasa, menjadikannya sebab dan galakan untuk menambahkan puasa disebabkan keringanan beban bagi orang yang telah bersahur, dan ia adalah pandangan yang tepat yang muktamad pada maknanya. Dan dikatakan: ditambah pula dengan perbuatan bangun, berzikir, berdoa pada waktu yang mulia, iaitu waktu diturunkan rahmat, dimaqbulkan doa dan istighfar. (Lihat Syarh al-Nawawi 'ala Sahih Muslim, 7/206).
Justeru, keberkatan bersahur yang ditunjukkan dalam hadith ini terbahagi kepada dua jenis keberkatan:
- Keberkatan Syar'iyyah: iaitu keberkatan dalam mengikut sunnah baginda Rasulullah SAW, mendapat ganjaran dan pahala, penyebab kepada berzikir, berdoa, beristighfar pada waktu sahur yang merupakan waktu yang mustajab doanya.
- Keberkatan Badaniyah: iaitu keberkatan pada sahur tersebut memberikan bekalan nutrien dan tenaga kepada badan serta menguatkan semangat untuk berpuasa, dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar.
No comments:
Post a Comment