Thursday, April 13, 2023

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

 



Menurut laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 50.1 peratus populasi dewasa di Malaysia dilaporkan mengalami berat badan berlebihan iaitu 30.4 peratus atau obes (19.7 peratus). (Boleh baca di sini). Bila dah obesiti ni makin banyak lah penyakit-penyakit yang akan hinggap dalam badan kita. Nak tak saya share cara nak kurus dengan cepat dan boleh dilihat seawal 7 hari sahaja!!!! Jom...

Antara tips nak kurangkan berat badan antaranya ialah:

1. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein

    Salah satu cara yang paling berkesan sebagai tip kuruskan badan adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk beberapa hari. Kajian juga telah membuktikan bahawa pelan diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah pelan terbaik untuk menurunkan berat badan seseorang. Pengurangan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari juga boleh mengurangkan berat air dalam tubuh. Namun, untuk menggalakkan anda berasa kenyang dan kurang berasa lapar, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat tersebut.

2. Petua kurus – Kurangkan pengambilan kalori harian


Antara salah satu cara untuk kurus dalam masa seminggu yang paling berkesan adalah dengan langkah mengurangkan pengambilan kalori harian. Semakin berkurang kalori yang diambil setiap hari, maka semakin mudahlah berat anda untuk menurun.

Berikut adalah antara cara untuk kurus melalui pengiraan pengambilan kalori harian:

  • Kira pengambilan kalori: Untuk memudahkan pengiraan kalori harian, muat turun sebarang aplikasi pengiraan kalori di telefon pintar anda. Dengan cara ini, anda akan dapat mengira pengambilan kalori selain jumlah nutrien daripada makanan yang anda makan.
  • Elakkan pengambilan snek: Pengambilan snek antara waktu makan hanya akan meningkatkan jumlah kalori harian tanpa anda sedari. Oleh itu, kurangkan atau elakkan sebarang pengambilan snek antara waktu makan. Jangan sesekali makan selepas anda menikmati makan malam anda.
  • Kurangkan sebarang sos: Salah satu cara mudah lain untuk mengurangkan kalori adalah dengan mengurangkan pengambilan sos pencicah makanan seperti sos cili, mayones dan juga kicap.
  • Banyakkan makan sayur: Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan kurangkan pengambilan karbohidrat dan makanan berkanji.
  • Elak minuman manis: Cuba banyakkan pengambilan air kosong dan kurangkan pengambilan minuman bergula.

3. Bersenam dan bersukan

Bagi membakar kalori dan juga lemak badan dengan lebih cepat, kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari selama sekurang-kurangnya 30 minit. Anda juga boleh mencuba sebarang aktiviti dengan intensiti tinggi seperti angkat berat, berjoging dan berlari.

4. Teruskan aktif walaupun bukan pada waktu bersukan

Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersenam dan bersukan secara khusus, anda masih boleh membakar lebih kalori dalam tubuh anda melalui peningkatan aktiviti harian yang lebih aktif. Ubah gaya hidup anda kepada cara hidup yang melibatkan lebih banyak pergerakan seperti menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja. Jika pejabat anda tidak berada di tingkat yang terlalu tinggi, gunakan tangga berbanding lif. Jika anda berada di rumah, anda boleh terus kekal aktif dengan cara melakukan pelbagai aktiviti lain seperti mencuci dan membersihkan kawasan rumah.

5. Petua kurus – Intermittent fasting atau berpuasa sekejap

Salah satu petua kurus untuk membakar lemak badan yang tersimpan sejak sekian lama adalah melalui intermittent fasting. Apabila menggunakan kaedah ini, ia secara tidak langsung akan memaksa anda mengurangkan pengambilan kalori harian. Ada yang mengamalkan 16 jam puasa dan 8 jam waktu makan. Ada juga yang mengamalkan 20 jam berpuasa dan hanya 4 jam waktu makan.

6. Petua kurus – Kurangkan berat air dalam tubuh

Terdapat beberapa kaedah untuk kurangkan berat air dalam tubuh anda yang boleh membuatkan anda lebih kurus dan ramping. Salah satunya adalah dengan cara meminum kopi. Kopi adalah salah satu minuman yang dikenali mengandungi kandungan kafein. Kafein boleh membantu anda membakar lebih banyak lemak dan menghilangkan lebihan air dalam tubuh.

7. Amalkan Set Hello New You Shaklee

Selain mengamalkan tips-tips di atas anda juga boleh try set Hello New Shaklee ni.




Set ini akan membantu anda untuk KURUS DENGAN CEPAT tanpa perlu bersusah payah sebab ia akan membantu anda untuk kurus secara alami dan semulajadi. Berminat nak dapatkan set ni? Boleh whatsapp Aminur di talian +60139318071 untuk pembelian dan mendaftar menjadi ahli. 

#blogmegashaklee

#nextlevelblogging

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

No comments:

Post a Comment

PETUA HILANGKAN JERAGAT

 PETUA HILANGKAN JERAGAT Ada macam-macam petua untuk hilangkan jeragat . Antaranya:  Aloe vera Semua orang sudah pasti mengetahui betapa ma...